Mpv exora

proton ride and handling

more power . more style . space is a bonus

Proton exora VS wira

PROTON WIRA AEROBACK

 

 

 THE BEST AIRCOND MPV EXORA-UNTUK MENGEKALKAN AIRCOND DALAM MPV EXORA , SISTEM PENAPIS HENDAKLAH DI PERIKSA SELALU UNTUK PASTIKAN IANYA BERFUNGSI SEBAIK MUNGKIN (SEPERTI BARU ) PENAPIS AIRCOND TERLETAK BAWAH DASHBOARD SEBELAH PENUMPANG BAHAGIAN DEPAN. BAGI MEMBUKANYA , LACI DASHBOARD HENDAKLAH DI TANGGALKAN DAHULU . BUKA KUNCINYA , TARIK PENAPIS KELUAR DAN CUCI DENGAN AIR ATAU ANGIN ATAU BERUS LEMBUT . PASTIKAN PENAPIS TIDAK BOCOR ATAU PECAH , JIKA BERLAKU PASTIKAN DI TUKAR DENGAN PENAPIS BARU .

Enjin Campro

Enjin Campro ialah enjin kereta pertama yang dikeluarkan oleh pembuat kereta Malaysia, Proton dengan kerjasama Lotus[1]. Nama Campro ialah kependekan bagiCam Profile (Profil Sesondol). Enjin ini digunakan dalam model-model kereta Proton bermula dengan Proton Gen-2 diikuti model-model lain termasuk Proton Satria Neo,Proton Waja dan Proton Persona. Enjin ini dibina sebagai membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa dan mematuhi piawaian emisi yang ketat.Enjin Campro DOHC asas dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L (S4PH) dan 1.3L (S4PE). Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2. Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.

Campro CPS

Sebagai tambahan kepada enjin DOHC asas sedia ada, Proton juga sedang membangunkan enjin CPS (Penukaran Profil Sesondol) dan VIM (Rongga Masukan Boleh Laras). Teknologi CPS adalah teknologi pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan serupa dengan teknologi VTEC oleh Honda dan VVT-i oleh Toyota, tetapi bezanya ialah CPS menukar profil sesondol dengan menggunakan tapet tindakan terus dengan pin pengunci manakala VTEC dan VVT-i pula menggunakan lengan jumpelang dengan pin pengunci[1]. Mekanisme CPS bertindak pada 3,800 rpm, tetapi pada Proton Satria Neo CPS pula penukaran berlaku pada 4,400 rpm[2].

Enjin Campro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 125 kuasa kuda (127 PS; 93 kW) pada 6,500 rpm serta meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm.[3] Proses pembangunan enjin ini sering mendapat kritikan di kalangan peminat automotif kerana sering tertangguh walaupun jadual asal bagi penggunaan teknologi sedemikian sepatutnya mula digunakan pada tahun 2005. Enjin Campro CPS hanya akan mula digunakan bermula dengan model Proton Gen-2 dan Proton Waja tahun 2008[4][5].

Kedua-dua teknologi CPS dan VIM saling bergandingan dan berfungsi dalam 3 mod berbeza seperti berikut:-

  1. Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Sesondol rendah digunakan dan udara masuk melalui rongga masukan panjang untuk percampuran udara-bahan api yang lebih baik, seterusnya menjimatkan bahan api serta menghapuskan junaman kilasan pada rpm rendah.
  2. Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil sesondol dari sesondol rendah ke sesondol tinggi, membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk dengan lebih lawas, sekaligus menyumbang kepada kuasa maksimum yang lebih tinggi.
  3. Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada rongga masukan pendek dan lurus.

Selain enjin 1.6L, enjin Campro CPS juga terdapat dalam versi 1.8L, tetapi setakat 30 April 2008 ia masih belum digunakan pada mana-mana model kereta Proton sebaliknya membuat penampilan sulungnya di dalam sebuah hoverkraf buatan Malaysia.[6].

 

Campro IAFM

Secara ringkasnya, enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), mula dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-

  1. IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
  2. IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.

Enjin Campro IAFM mula digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani sepenuhnya.

Sementara itu, versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line dan Proton Persona mulai tahun 2008.

Generasi kedua enjin Campro IAFM, dikenali sebagai enjin IAFM+, mula ditampilkan pada model 2011 Proton Saga FLX.[7] Enjin IAFM+ baharu ini ditala untuk digandingkan dengan kotak gear CVT baharu keluaran Punch Powertrain yang memerlukan kelajuan operasi enjin maksimum dihadkan daripada 6,500 rpm bagi enjin IAFM generasi pertama kepada hanya 6,000 rpm.[8] Hasilnya, enjin 1.3L IAFM+ menghasilkan kuasa kuda maksimum 94 bhp (70 kW) @ 5,750 rpm dan 120 N·m (89 ka·lbf) kilasan, sementara enjin 1.6L pula menghasilkan kuasa kuda maksimum 108 bhp (81 kW) @ 5,750 rpm dan 150 N·m (110 ka·lbf) kilasan.[9][10] Gabungan enjin Campro IAFM+ baharu dengan kotak gear CVT menghasilkan penjimatan penggunaan bahan api masing-masing sebanyak 4% dan 10% bagi pemanduan bandar dan lebuh raya.[7]

Campro CFE

Enjin Campro CFE adalah versi turbo bertekanan rendah tanpa penyejuk perantara bagi enjin Campro 1.6L, dengan tekanan penggalak maksimum 0.7 bar (70 kPa; 10 psi). CFE adalah kependekan bagi "Charged Fuel Enhancement" (Penambahbaikan Bahan Api Tercas).[13] Enjin ini bakal digunakan pada model tahun 2012 Proton Exoradan Proton Persona R.

 Berikutan trend pasaran terkini yang menggunakan enjin bersesaran rendah tetapi dengan pernafasan paksaan bagi menghasilkan keluaran kuasa yang setara dengan enjin yang lebih besar, satu konsep yang serupa dengan teknologi pengecas berkembar TSI Volkswagen serta enjin Ford EcoBoost.[14] Model sempurna enjin mula ditampilkan semasa KLIMS 2010.[15]

Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa kuda maksimum 138 bhp (103 kW; 140 PS) @ 5,000 rpm dan 205 N·m (151 ka·lbf) @ 2,000-4,000 rpm kilasan.[13] Untuk membolehkan enjin menampung pertambahan kuasa, beberapa perubahan teknikal dilakukan pada enjin.[15] Sementara lubang enjin dikekalkan pada 76 mm, lejang pula dipendekkan kepada 86 mm berbanding 88 mm seperti pada varian enjin Campro 1.6L yang lain, menghasilkan sesaran enjin 1561 cc. Nisbah mampatan dikurangkan daripada 10:1 kepada 9.5:1.

 

upgrade enjin CPS

 

Cara yang dapat meningkat kan kuasa enjin campro.. tanpa perlu menukar enjin.

Tambah power tapi tak sepower tukar enjin turbo, vtec, mivec, mahupun supercharge

1. sumbat clucth 1.8, semi-racing 1.6 pun dah memadai.. tak pun biasa2 je tapi yang tinggi dari asal..
2. high-camshaft aka hi-cam.
3. jika dah masuk hi-cam, sumbat pula adjustable campulley.
4. system ekzos, tukar semua.. ekstraktor 4-2-1, piping inlet 1.8", center box jenis spiral (campro pakai sudah ok), mufler s-flow/straight flow.
5. open pod air filter (tengok kesesuaian)
6. plug cables performance + spark plugs performance.
7. grounding wires
kelebihannya, minyak lagi jimat dari vtec bila rpm 4000 keatas..

 

Campro Hibrid

Proton dan Lotus telah mengumumkan model prototaip kereta Proton Gen-2 yang menggunakan enjin Campro hibrid semasa Pertunjukan Kereta Geneva 2007[12][13]. Sistem enjin hibrid tersebut dikenali sebagai EVE (Cekap, Berdaya Saing, Mesra Alam). Ia menggunakan enjin S4PH sedia ada dan digandingkan dengan motor elektrik 144 V, 30 kW. untuk membolehkan sistem tersebut digunakan pada semua model sedia ada Proton tanpa perlu membangunkan platform baru yang berasingan bagi model kereta hibrid, sebagaimana Honda Civic Hybrid. Walau bagaimanapun, tidak seperti sistem Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda yang menggunakan bateri nikel-logam hidrida yang lebih besar, sistem EVE ini menggunakan bateri litium-ion yang ditempatkan di ruangan enjin.

Sistem Hibrid EVE akan dilengkapi 3 teknologi utama:-

Sistem henti-mula "hibrid mikro" - Satu sistem penghidup-pengulangalik bersepadu dipasang bagi mematikan enjin secara automatik semasa kenderaan berhenti, contohnya semasa lampu isyarat merah. Enjin akan dihidupkan semula secara automatik sebaik injak pendikit ditekan.Teknologi hibrid selari sepenuhnya - Menggabungkan enjin S4PH sedia ada dengan motor elektrik 30 kW, 144V, menghasilkan kuasa kuda lebih tinggi (141 bhp gabungan), kilasan lebih tinggi (233 N-m gabungan), emisi lebih rendah (pengurangan karbon dioksida sehingga 22%) serta penjimatan bahan api lebih baik (sehingga 4.6 L/100 km). Sistem ini turut dilengkapi sistem pembrekan jana semula.Transmisi boleh laras berterusan (CVT) - Sistem CVT menghasilkan bilangan nisbah gear tidak terhingga untuk kecekapan yang lebih baik.Data teknikal sistem hibrid tersebut adalah seperti berikut:-

Kuasa kuda maksimum (enjin sahaja): 110 bhp (82 kW; 112 PS) @ 6,000 rpmKilasan maksimum (enjin sahaja): 148 N·m (109 ka·lbf) @ 4,000 rpmKuasa kuda maksimum (gabungan): 141 bhp (105 kW; 143 PS) @ 5,500 rpmKilasan maksimum (gabungan): 233 N·m (172 ka·lbf) @ 1,500 rpm (dihadkan ke 180 N-m berterusan

anda yang ke:

INFO :

 Kepada pengguna mpv exora ( 2009 - 2010 ) , sila pastikan JEK KERETA anda.Jek lama didapati bermasalah .  Kepada warga kL sila hubungi proton edar . GANTIAN jek baru boleh di buat di pusat servis bandar tun razak  03-91736051 @  hubungi hotline 1-300-880-888 untuk dapatkan pusat alat ganti proton terdekat dengan lokasi anda . Sila bawa buku servis dan jek lama untuk pertukaran baru

CPS (Cam-Profile Switching) 

 enjin: Campro 1.6 DOHC 16v

 enjin 1597cc

Power max: 125hp @ 6500rpm

Tork max: 150nm @ 4500rpm

Tranmisi manual: 5 kelajuan

0 -100 km/h      :  13.1 (manual )

0 - 100 km/h : 15.7 (auto )

minimum turning :  5.4

Berat badan : 1422 kg

 @90km/h : L/100km 7.2

minyak 60 liter

rim 15"        2 disc (depan)  2 drum (belakang)


CFE (charged fuel efficiency)

 enjin : campro 1.6 DOHC 16v

power max : 138hp @ 5000rpm

Tork max : 205nm @ 2000rpm-4000rpm

0 - 100 km/h : 13.3

@90km/h : L/100km 7.8

1561cc

berat badan : 1486 kg

rim 16"       4 disc brek

sistem gear CVT

kamera pandang belakang (ada)

minyak 60 liter


Exora R3

enjin: Campro 1.6 DOHC 16v

Power max: 145hp   @ 7000rpm

Tork max: 168nm @ 5000rpm

Tranmisi manual: 5 kelajuan

Rim 16"    4 disc brek

R3 Cat-Back Exhaust System

R3 "Clubsport" Performance Camshaft

R3 "Clubsport" Performance ECU Upgrade

R3 Performance Spring Set

R3 Camshaft, Crankshaft & Water pump Pulley Set


 


test drivers

Crash test 56km/j

Rollover crash test

Crash test (full test)

soal jawab campro cfe

1.      Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan CFE? Ceritakan secara ringkas.

CFE ialah ringkasan kepada Charged Fuel Efficiency. Secara ringkasnya, enjin CFE inimemberikan tenaga seperti sebuah enjin 2.0 liter ketika diperlukan tetapi memberikan pulangan penggunaan minyak yang baik di dalam keadaan pemanduan santai, seperti memandu di lebuhraya, ketika melahu atau ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.

 2.      Adakah CFE ini enjin baru sepenuhnya ataupun masih lagi berasaskan enjin Campro tetapi dengan beberapa pengubahsuaian?

Enjin 1.6 liter Campro CFE dibina berdasarkan enjin Campro tetapi dengan peratusan besar pembaharuan yang terdiri dari komponen unik kepada enjin CFE sahaja.

3.      Boleh ceritakan apa yang telah diubahsuai untuk enjin CFE ini? Ceritakan secara ringkas bahagian yang telah diubahsuai dan sebab-sebab pengubahsuaian.

Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah komponen-komponen utama seperti aci engkol, aci sesondol, rod penyambung, blok silinder dan kepala silinder enjin telah ditukar kepada rekabentuk baru.

4.      Bagaimana cara CFE berfungsi?

CFE sebenarnya berfungsi di atas dasar mampatan paksaan (forced induction). Ia menggunakan daya gas ekzos berkelajuan tinggi untuk memusingkan pemampat yang akan kemudian memaksa lebih banyak udara luar masuk ke dalam kebuk pembakaran.

Udara tambahan itu akan dibekalkan dengan bahan api yang secukupnya untuk menjana lebih banyak tenaga. Hasilnya,  enjin  1.6 liter Campro CFE mampu memberikan kuasa kuda seperti sebuah enjin 2.0 liter tanpa sistem mampatan paksaan.

Kelebihan enjin 1.6 liter Campro CFE ini ialah sistem pemampat hanya beroperasi selepas 2,000 RPM. Bila enjin bergerak di bawah paras tersebut, penggunaan bahan bakar akan menjadi lebih rendah dari enjin 2.0 liter.

5.      Apa perbezaan antara Low Pressure Turbo (lazimnya dikenali sebagai Low Inertia Turbo) dan High Pressure Turbo (atau High Inertia Turbo)?

Low Pressure Turbo atau LPT menggunakan turbin yang kecil dan mampu beroperasi dengan halaju gas ekzos yang rendah (RPM enjin rendah). Oleh kerana itu, ia menghasilkan pemampatan (boost) yang rendah.

High Pressure Turbo pula memerlukan halaju gas ekzos yang lebih tinggi kerana turbin yang lebih besar. Hasilnya, mampatan yang lebih tinggi.

Enjin CFE menggunakan LPT kerana fokus lebih kepada daya kilas yang tinggi pada RPM yang rendah (low end torque). Ini akan membantu dari segi pecutan yang lebih mantap dan penggunaan minyak yang lebih rendah.

 6.      Kenapa Proton memilih unit turbin dari Borg Warner? Apakah kelebihannya?

Pilihan dilakukan berdasarkan rekacipta, kualiti dan harga yang berpatutan.

7.      Apakah ada tambahan CVVT atau VVT pada CFE? Jika ada, apakah fungsinya?

Enjin 1.6 liter Campro CFE menggunakan teknologi injap VVT untuk mengoptimakan laluan udara segar ke dalam enjin pada RPM rendah dan tinggi. VVT juga membantu mengurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan pencemaran udara kerana pembakaran adalah lebih lengkap.

8.      Bagaimana untuk mendapatkan kuasa maksimum CFE dan cara untuk mendapatkan penjimatan minyak yang optimum semasa memandu?

Cara terbaik ialah mengekalkan kelajuan putaran enjin di bawah paras 2,000 RPM agar sistem mampatan paksaan tidak beroperasi.

Namun dalam keadaan di mana tenaga diperlukan, pendikit perlu ditekan rapat ke lantai supaya sistem transmisi CVT boleh menurunkan nisbahnya agar enjin beroperasi pada 5,500 RPM untuk kuasa maksimum.

9.      Adakan CFE mempunyai “turbo lag” sepertimana enjin-enjin turbo yang lain dan bagaimana Proton mengatasinya jika ada?

Penggunaan LPT membantu enjin 1.6 liter Campro CFE ini untuk beroperasi selancar enjin N/A (tanpa sistem mampatan paksaan).

10. Apakah kelebihan CFE berbanding dengan enjin VVTI, VTEC, MIVEC, DVVT dan turbo yang lain? Ini akan membantu memperbetulkan “mindset” rakyat Malaysia yang selama ini terlalu teruja dengan teknolgi Jepun ini.

Sistem VVTI, VTEC, MIVEC dan DVVT adalah sistem-sistem teknlogi injap yang membantu pernafasan enjin pada RPM rendah atau tinggi. Enjin 1.6 liter Campro CFE menggabungkan teknologi injap VVT dan sistem mampatan paksaan untuk prestasi enjin yang baik pada sebarang kelajuan enjin.

11. Adakah kos penyelenggaraan CFE tinggi jika berlaku sebarang kerosakan?

Seperti enjin lain, enjin 1.6 liter Campro CFE memerlukan penyelenggaraan seperti yang disarankan di dalam Buku Panduan Pemilik (Owner’s Manual) dan Buku Servis Berkala (Periodic Maintenance Book). Dengan penjagaan rapi, enjin CFE ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah dan kos penyelenggaran direka agar tidak begitu berbeza dengan enjin Campro biasa.

12 . petua untuk penjagaan enjin CFE supaya sentiasa dalam keadaan terbaik.

Seperti yang dinyatakan di dalam jawapan kepada soalan No. 11, pengguna disarankan mengikut jadual penyelenggaraan berkala yang ditetapkan.